Friday, April 5, 2019

Tutorial menggunakan Boost dalam Frog VLE

Assalammualaikum  semua.

InsyaAllah, dalam post kali ni saya nak tunjukkan bagaimana menggunakan Boost.

Sebelum cikgu klik link tu, pastikan cikgu tahu login ID dan Password Frog VLE. kalau tiada dua benda tu, memang termenung saja jawabnya.. hehe..

Kenapa saya suka guna Boost? Ada 5 sebab:


1. Senang
2. Cepat (2 minit saja kalau data laju)
3. Tidak perlu fikir apa nak buat
4. Tidak perlu tengok DSKP
5. Tidak perlu taip


Boost adalah aplikasi yang paling mudah berbanding create site. Disebabkan ianya mudah, cikgu boleh saja boost subjek yang bukan bidang cikgu. Sebagai contoh, cikgu perlu menggantikan cikgu X yang tidak hadir ke sekolah. Cikgu Boost saja tajuk tersebut dan assign kepada murid beliau.

Semasa kelas, cikgu bawalah murid ke makmal komputer. Di sana, cikgu boleh login ID menggunakan ID murid, ataupun membiarkan murid login sendiri (jika dah mahir).

Itu contoh kelas ganti. Bagi kelas cikgu pun boleh juga.

Mudah, bukan?

Selamat mencuba.



Scan QR code untuk lihat:


klik flip book di link di bawah:


tutorial dalam bentuk any flip

No comments:

Post a Comment