Saturday, April 27, 2019

E transit Form Pendidikan Islam Tahun 1

Assalammualaikum semua.

Alhamdulillah, saya berkongsi template e transit form bagi subjek Pendidikan Islam Tahun 1.



Saya merujuk standard kandungan dan standard pembelajaran dalam borang transit dan menterjemahkan dalam Google Form.

Melalui Google Form inilah, guru akan memasukkan data nama murid dan tahap penguasaan mereka.

Google Form pula boleh dihubungkan dengan Google Sheets. Maka data yang kita peroleh boleh dilihat dalam bentuk jadual juga. Semua data ini dijana terus oleh Google. Kita hanya perlu masukkan data ke dalam Google Form saja.

Data menarik daripada google form, cikgu boleh rujuk post saya sebelum ini bertajuk Data Menarik daripada Google Form. Di situ, kita boleh merujuk keputusan pentaksiran kita dalam bentuk carta pai dan carta palang. Menarik, bukan?

Baiklah, untuk membolehkan guru menggunakan template e transit form ini, cikgu perlu ikuti 10 langkah mudah ini:

1. Copy dan paste url di bawah dalam mana-mana chrome tab.

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1Sp1DXH-GeCgxsxH5lnq9tzy2dfvkv4W_3dFtOo5TVrA/copy

paparan di bawah akan kelihatan:



2. Pilih make a copy

3. Paparan Google Sheet seperti di bawah. Tukar tajuk file.




4. Isi nama murid di ruangan nama murid.

5. Copy nama murid dengan highlight dan tekan CTRL C

6. Tekan tab Jawi, ambil Form, Edit Form.

7. Paparan Google Form akan kelihatan. higglight satu nama murid, dan paste kan nama yang di copy tadi.

8.  Edit form mengikut acuan cikgu. (cikgu yang akan mengisi form ini setiap kali lepas kelas)

9. Share form dengan menekan titik tiga, prefilled link, get link, copy link. Share dalam Private Group telegram.

10. Ulang langkah 5-9 dengan tab yang lain pula.

Form cikgu telah sedia digunakan. Google Sheet akan menjanakan data secara automatik.

Bagi memudahkan pemantauan, dan rujukan cikgu, cikgu perlu membuat QR code bagi form dan google sheet Template e transit Form ini. Cara membuat QR Code ini ada saya terangkan dalam post sebelum ini. Jemput baca di link di bawah:

https://madamsyuhada.blogspot.com/2019/04/part-dua-versi-bm-paparan-borang.html

Sekiranya cikgu ada apa-apa soalan, boleh sertai telegram group saya @borang transitsecaraonline

Satu permintaan daripada saya kepada cikgu-cikgu yang dah mencuba transit form saya ini, diharap sudi lah isikan borang maklumbalas di bawah.

borang maklumbalas penggunaan E transit form

Terima kasih.

Selamat mencuba!


Sekian,







No comments:

Post a Comment