Sunday, April 28, 2019

E- transit Form- Bahasa Melayu Tahun 1

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.

Selamat datang ke blog Madam Syuhada. Di sini, saya akan kongsikan template e transit form dan juga perkara tentang pentaksiran bilik darjah yang saya buat di sekolah. Segalanya saya buat kerana ingin berkongsi.


Di sini saya sertakan template borang transit secara online bagi subjek Bahasa Melayu tahun 1 yang saya hasilkan menggunakan Google Form. Melalui google Form cikgu akan menjawab beberapa soalan sebagai contoh, standard pembelajaran, tahap penguasaan murid dan ulasan jika ada. Setiap kali selepas kelas, cikgu akan merujuk Google Form dan mengisi data tahap penguasaan. Di akhir bulan nanti, cikgu akan dapat melihat keputusan murid secara carta palang dan carta pai di dalam responses.

Google Form boleh dihubungkan dengan Google Sheets. Di sinilah data tahap penguasaan murid dijana secara automatik bagi melihat keputusan Tahap Penguasaan yang diisikan.

Cikgu boleh baca, atau melihat video yang saya buat di dalam post yang lain. post yang ditulis  di dalam Bahasa Inggeris.

Jika cikgu dah bersedia, ayuh! ikuti 10 langkah di bawah.

1. Salin url di bawah secara copy. Paste dalam mana-mana Chrome Tab.

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1vMUy4g7iESkn8uERDRJeQPtYjg2npfLCRXDe2-MBZzI/copy

paparan di bawah akan kelihatan:



2. Pilih make a copy

3. Paparan Google Sheet seperti di bawah. Tukar tajuk file.




4. Isi nama murid di ruangan nama murid.

5. Copy nama murid dengan highlight dan tekan CTRL C

6. Tekan tab Kemahiran mendengar dan bertutur, ambil Form, Edit Form.

7. Paparan Google Form akan kelihatan. highlight satu nama murid, dan paste kan nama yang disalin tadi.

8.  Edit form mengikut acuan cikgu. (cikgu yang akan mengisi form ini setiap kali lepas kelas)

9. Share form dengan menekan titik tiga, prefilled link, get link, copy link. Share dalam Private Group telegram.

10. Ulang langkah 5-9 dengan tab yang lain pula.

Form cikgu telah sedia digunakan. Google Sheet akan menjanakan data secara automatik.

Bagi memudahkan pemantauan, dan rujukan cikgu, cikgu perlu membuat QR code bagi form dan google sheet Template e transit Form ini. Cara membuat QR Code ini ada saya terangkan dalam post sebelum ini. Jemput baca di link di bawah:

https://madamsyuhada.blogspot.com/2019/04/part-dua-versi-bm-paparan-borang.html

Sekiranya cikgu ada apa-apa soalan, boleh sertai telegram group saya @borang transitsecaraonline

Jika cikgu mengajar tahun lain, tetapi berminat untuk menjayakan borang transit secara online ini, cikgu boleh ikuti langkah di atas. Tetapi bagi langkah ke- 8, cikgu perlu edit bahagian standard kandungan dan standard pembelajaran. Rujuk DSKP untuk mendapatkan maklumat ini.

Satu permintaan daripada saya kepada cikgu-cikgu yang dah mencuba transit form saya ini, diharap sudi lah isikan borang maklumbalas di bawah.

borang maklumbalas penggunaan E transit form

Terima kasih.

Sekian,


No comments:

Post a Comment