Assalammualaikum dan salam sejahtera, semua pembaca blog
Madam Syuhada . blogspot.com.
Saya memulakan blog ini dengan impian ingin berkongsi pengalaman
dan maklumat yang saya ada bagi pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah di
Malaysia. Bermula dengan E transit Form
Bahasa Inggeris tahun 1. Di atas permintaan daripada guru subjek lain juga,
maka saya cuba hasilkan template untuk subjek yang lain. Sehingga kini, saya
telah membuat 5 borang transit melibatkan 5 subjek dalam pentaksiran bilik
darjah tahun 1.
Begitu pun, saya ada terima pertanyaan bagaimana caranya
untuk membuat borang transit bagi darjah lain dan tingkatan lain?
Senang saja. Memandangkan kita sudah ada template ini, kita
boleh ubahsuai atau dalam erti kata lain edit di Google Form. Perkara yang
membezakan setiap subjek adalah Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Ubahsuai bahagian tersebut saja, kita
sudah memiliki e transit form kita sendiri.
Cikgu boleh melihat caranya melalui video di bawah. Video ini
saya rakam kerana menjawab soalan Ustazah Roslina Embong tentang borang transit
Pendidikan Islam Tingkatan 3.
Ada dapat sesuatu tak? Harap- harap ada.
Di sini saya sertakan link untuk borang transit secara
online yang saya hasilkan. Kali ini, saya buat link comel menggunakan perkhidmatan bitly. Nampak teratur dan tersusun URL tu. Siap boleh letak tajuk fail kita kan?
Baiklah, link comel dah diberi. Bagaimana untuk mengambil template ini dan sesuaikan dengan subjek sendiri?
Caranya, cikgu copy link comel itu, paste dalam mana-mana chrome tab. Lepas tu, ambil Make a copy. Cikgu akan dapat paparan dalam Sheets. Di sini cikgu edit lah seperti dalam video di atas. Jika cikgu sememangnya mengajar tahun 1 lagi mudah, cuma letakkan nama murid di Form.
Selamat mencuba! Don’t give up!
Bahasa Inggeris tahun 1
Bahasa Melayu Tahun 1
Matematik Tahun 1
Sains Tahun 1
Pendidikan Islam Tahun 1
OPPPSSTTT.. sebelum terlupa, silakan isi borang maklumbalas penggunaan e transit form supaya saya dapat tambahbaik borang ini untuk kegunaan semua.
No comments:
Post a Comment